Bentuk baharu cukai jalan, lesen memandu fizikal  - Utusan Malaysia

Bentuk baharu cukai jalan, lesen memandu fizikal 

Lesen kenderaan fizikal bentuk baharu diperkenalkan JP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan penggunaan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) fizikal bentuk baharu kepada orang ramai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan inisiatif itu berikutan masih ramai pemandu dan pemilik kenderaan belum bersedia dengan kaedah pendigitalan.

Menurut beliau, pemerhatian pihaknya mendapati sejumlah 7.5 juta individu menggunakan aplikasi MyJPJ sepanjang tempoh sehingga 31 Disember lalu.

“Keadaan itu menunjukkan bahawa masih ramai individu memilih kaedah fizikal berbanding sistem digital.

“Justeru, bagi penyesuaian dalam tempoh interim, JPJ akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau JPJ Selangor, Padang Jawa di sini, hari ini.

Pada 10 Februari tahun lalu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan fasa pertama pendigitalan kepada semua pemilik kenderaan persendirian warganegara.

Semua individu boleh menggunakan mod paparan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) menerusi Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ.

Namun, inisiatif itu menimbulkan rungutan terutama bagi warga emas yang tidak mengetahui cara penggunaannya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya