Bekas atlet jual 2,000 kuih punten setiap hari

Bekas atlet jual 2,000 kuih punten setiap hari

DANIEL Misban menunjukkan punten yang dijual dekat kedainya di Kampung Jalan Kebun Tambahan di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selain mahir dalam sukan memanah, bekas Atlet Terengganu, Daniel Misban juga menghasilkan masakan tradisi masyarakat jawa iaitu kuih punten dan menerima tempahan sehingga 2,000 biji sehari.

Menurut Daniel, 30, kuih punten merupakan sajian istimewa di Kepulauan Melayu iaitu sejenis nasi yang ditumbu dan dikepal serta dimakan bersama sambal hijau ikan bilis.

“Saya menjual kuih punten 400 bungkus setiap hari dengan harga RM6, lima biji setiap satu pek. Alhamdulillah kuih punten yang dijual sejak bulan Jun tahun lalu tular dalam media sosial dan semakin mendapat permintaan daripada penggemarnya.

“Ketika menjual, saya juga membuat video siaran langsung dalam TikTok. Saya pakai topi bersayap yang menjadi imej tersendiri sebagai satu daripada cara untuk memasarkan produk tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Jalan Kebun Tambahan.

Tambahnya, sebelum menjual kuih punten, jurulatih memanah itu juga membuat kuih bahulu nutella yang diusahakannya lebih awal.

Jelas Daniel, buat masa ini penjualan punten tersebut hanya dijalankan di lokasi premis yang dinamakan Dapur Selasih dan tidak menerima pesanan secara atas talian.

Katanya, buat masa ini dia masih aktif dalam bidang sukan memanah dengan mengadakan kelas sukan tersebut dua kali seminggu pada sebelah malam bagi memastikan pengalamannya tidak dipersiakan.

“Selepas tamat belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dalam bidang kewangan Islam peringkat ijazah dan menjadi atlet negeri Terengganu serta kebangsaan pada tahun 2015 hingga 2016, saya turut menjadi jurulatih sebuah kelab memanah di Daerah Sepang. Kini saya berkongsi pengalaman memanah di kampung saya.

“Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun dan anak perempuan berumur setahun setengah,saya tidak mempunyai masalah untuk fokus dalam bidang jurulatih dan dalam masa sama menguruskan perniagaan kuih-muih,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya