Banyak kesan kecederaan pada badan OKU dipukul, diseterika hingga mati - Utusan Malaysia

Banyak kesan kecederaan pada badan OKU dipukul, diseterika hingga mati

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menemukan banyak kesan kecederaan baru dan lama didapati pada badan wanita yang juga orang kurang upaya (OKU) yang maut dipercayai dipukul selain ditekap menggunakan seterika di Serdang dekat sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, terdapat juga banyak komplikasi pada kecederaan mangsa berusia 20 tahun berkenaan.

“Banyak kesan kecederaan baru dan lama pada tubuh badan mangsa. Banyak juga komplikasi pada kecederaan mangsa.

“Keputusan bedah siasat ketika ini masih menunggu analisis makmal,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kesan kecederaan itu sama ada akibat terjatuh atau didera memandangkan mangsa adalah OKU (lembam).

Media semalam melaporkan mangsa diseterika dan dipukul menggunakan kayu panjang sehingga mati hanya kerana mencubit seorang kanak-kanak.

Perbuatan itu dilakukan oleh sekumpulan individu terhadap wanita berkenaan yang juga OKU intelektual dalam kejadian di Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Az Anbalagan dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mendapati mangsa maut dipukul menggunakan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehinggakan mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

Susulan itu, katanya, polis menahan tujuh individu iaitu empat lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 79 tahun pada 4 petang hari sama yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.
Katanya, empat suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya