Banjir: Ibu bapa diingat pantau anak-anak, elak tragedi - Utusan Malaysia

Banjir: Ibu bapa diingat pantau anak-anak, elak tragedi

SEKUMPULAN kanak-kanak bermain di taman permainan yang dinaiki air berikutan hujan lebat di Desa Mutiara, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT:  ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak semasa musim banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tindakan itu bagi memastikan tiada kemalangan jiwa, khususnya melibatkan anak-anak kecil.

“Pasukan keselamatan sering mengingatkan supaya jangan bermain dengan air ketika musim banjir sama dengan bermain api. Api (semasa) kecil kawan, bila besar jadi lawan. Begitu juga dengan air, kalau dilihat ada remaja, kanak-kanak malah orang tua seronok main air.

“Jadi, kalau boleh jangan biarkan anak-anak main banjir kecuali pastikan betul-betul selamat, nak elak benda tidak diingini berlaku,” katanya ditemui selepas merasmikan Balai Polis Sri Gading, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman memaklumkan pihaknya sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berkaitan kes rasuah membabitkan pegawai dan anggota polis serta seorang pegawai patologi di sebuah hospital di negeri ini.

Karanya, siasatan masih dilakukan dan pihaknya sentiasa berhubung dengan SPRM bagi mengetahui perkembangan kes tersebut.

“Ada setengah itu dah buka kertas siasatan tatatertib atas kesalahan yang dilakukan dan pelanggaran tatatertib siasatan terhadap 33 pegawai dan anggota yang terlibat. Tak ada mobiliti cuma yang terlibat tu telah kita gerakkan mereka, ubah tempat kerja supaya tidak lagi melakukan penugasan tersebut sehingga siasatan selesai,” katanya.

Terdahulu, Kamarul Zaman memaklumkan, seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah termasuk seorang wanita ditahan SPRM, susulan agensi penguat kuasa itu menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital.

Penahanan itu dibuat susulan wujud persoalan tentang ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula ekoran aktiviti rasuah itu.

Hasil siasatan SPRM mendapati, 10 pegawai kanan dan 33 penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di negeri ini terbabit dalam merasuah ahli patologi itu sejak 2018 hingga 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN