Abdul Rahman lapor polis, nafi fitnah terlibat Langkah Dubai - Utusan Malaysia

Abdul Rahman lapor polis, nafi fitnah terlibat Langkah Dubai

ABDUL RAHMAN Mohamad (depan, tengah) bersama ahli UMNO dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung selepas membuat laporan tentang fitnah Langkah Dubai di Lipis, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad membuat laporan polis berkenaan video tular menerusi akaun Youtube Halim Romli Channel yang mendakwa beliau terlibat Langkah Dubai yang digembar-gemburkan bagi menjatuhkan kerajaan Perpaduan.

Menafikan dirinya terlibat, Abdul Rahman berkata, ketika itu beliau di Lipis melawat kawasan bersama penduduk setempat.

“Saya sifatkan tindakan ini bermotifkan tuduhan jahat yang sengaja diada-adakan untuk menimbulkan polemik dan ingin mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat.

“Sedangkan dalam tempoh seminggu yang didakwa menerusi video tular itu, saya berada dalam negara khususnya di Parlimen Lipis memenuhi program dan menyantuni masyarakat,” katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, tohmahan dan fitnah jahat terhadapnya termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) lain tidak seharusnya berlaku di saat kerajaan Perpaduan ketika ini kuat serta stabil apabila mempunyai sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Lipis, tuduhan itu berbahaya kerana boleh menggugat kestabilan politik negara sekali gus menggusarkan pelabur asing untuk datang ke negara ini serta menjejaskan ekonomi serta peluang pekerjaan khusus untuk anak muda.

Beliau berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik akaun channel tersebut menerusi peguamnya untuk membersihkan namanya.

“Tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun channel ini untuk
memastikan kejadian itu tidak berulang lagi selain memberikan teladan supaya pihak tertentu jangan menulis perkara yang tidak benar atau membuat fitnah melampau di media sosial,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya