Usahawan PMKS terjejas banjir boleh mohon tangguh bayaran - Utusan Malaysia

Usahawan PMKS terjejas banjir boleh mohon tangguh bayaran

EWON BENEDICK (dua dari kiri) diberi penerangan tentang model pembangunan Coronation Square ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak menara Bank Rakyat di Coronation Square, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perusaha­an mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir sepanjang Monsun Timur Laut ini boleh memohon penangguhan pembayaran pinjaman daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, penangguhan itu bertujuan membantu usahawan terlibat dan dibenarkan sehingga tempoh tiga bulan.

“Kita maklum dengan insiden banjir semasa. Jadi, kita minta agensi-agensi di bawah kementerian untuk membantu dan mempertimbangkan permohonan penangguhan pembayaran yang dibuat peminjam.

“Dasar ini terpakai bagi usahawan yang premis atau lokasi perniagaan mereka terjejas akibat banjir, kita akan benarkan,” katanya ditemui selepas melawat tapak menara Bank Rakyat di Coronation Square, di sini hari ini.

Ewon berkata, antara agensi yang berada di bawah kementerian itu termasuk Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Dalam pada itu, beliau yakin pembinaan menara baharu Bank Rakyat itu akan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Selain itu, pembangunan hartanah di sekitar Coronation Square ini juga dipercayai dapat memberi impak positif kepada warga setempat termasuk usahawan PMKS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya