Tukar kerajaan, tunggu pilihan raya-Amanah

Tukar kerajaan, tunggu pilihan raya-Amanah

MOHAMAD Sabu (tiga kanan) semasa merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan di Kemasin, Bachok, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Pilihan raya merupakan platform terbaik untuk menukar sebuah kerajaan yang mentadbir negara ini dan bukan melalui Langkah Langkah Sheraton sebagaimana Februari 2020 lalu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, Langkah Sheraton yang dilakukan sebelum ini telah mengundang malapetaka untuk politik Malaysia.

“Bila tukar kerajaan tanpa pilihan raya pegawai kerajaan akan menjadi serba-salah.

“Jikalau mahu menukar kerajaan, berkempenlah mulai sekarang untuk menang pilihan raya,” katanya selepas diminta mengulas pihak pembangkang yang terus membangkitkan isu menukar kerajaan walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baharu berusia setahun.

Terdahulu, beliau merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan di Kemasin, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu memberitahu, beliau yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus kekal mentadbir negera sehingga PRU-16.

Sementara itu Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata pertukaran kerajaan menggunakan cara ‘khianat’ akan merugikan negara.

Katanya, situasi itu akan menyebabkan politik negara akan menjadi tidak stabil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya