'Sesungguhnya, kita hanyalah berusaha, selebihnya saya berserah kepada Allah SWT' - Raja Mohamed Affandi - Utusan Malaysia

‘Sesungguhnya, kita hanyalah berusaha, selebihnya saya berserah kepada Allah SWT’ – Raja Mohamed Affandi

RAJA MOHAMED AFFANDI RAJA MOHAMED NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: ‘Sesungguhnya, kita hanyalah berusaha dan selebihnya saya berserah kepada Allah SWT’.

Demikian dinyatakan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor setelah tewas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman kepada calon Pas yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu mengucapkan tahniah kepada Ahmad Samsuri atas kemenangan yang diperoleh dalam PRK tersebut.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 27,778 orang pengundi Kemaman yang memberi sokongan kepada saya dalam pilihan raya ini.

“Terima kasih juga kepada seluruh jentera UMNO, BN dan parti-parti komponen dalam kerajaan Perpaduan di peringkat bahagian, negeri dan seluruh negara yang bertungkus-lumus membantu berkempen untuk saya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada PRK Parlimen Kemaman, Pas berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti besar, 37,220 undi.

Ahmad Samsuri memperoleh 64,998 undi manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi.

Majoriti yang diperoleh Menteri Besar tersebut lebih tinggi berbanding majoriti yang diperoleh penyandang kerusi itu, 27,179 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Seramai 65.76 peratus atau 92,776 pengundi daripada 141,790 pemilih berdaftar turun menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Parlimen Kemaman, semalam.

Pada PRU15, penyandang kerusi Parlimen itu dari Pas, Alias Che Hamid menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam saingan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab. Ghani hanya memperoleh 506 undian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya