Polis bongkar kegiatan transit migran di Felda Adela - Utusan Malaysia

Polis bongkar kegiatan transit migran di Felda Adela

SEBAHAGIAN daripada warga asing yabg ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Felda Adela, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘penjaga rumah penampungan’ berjaya ditahan, sekali gus membongkar kegiatan transit migran yang dilakukan di Felda Adela, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi semalam melibatkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, kita telah tahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun yang disyaki berperanan sebagai ‘penjaga rumah penampungan’.

“Turut ditahan 10 migran lelaki serta dua migran wanita warganegara asing yang berumur dalam antara 20 hingga 46 tahun. 

“Hasil soal siasat, lelaki itu disyaki berperanan menyediakan tempat sebagai transit untuk migran sebelum pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan dengan bayaran antara RM2,800 hingga RM3,000 setiap migran kepada ‘tekong’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Hussin memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN