Peruntukan lebih RM1 juta, baik pulih cerun runtuh di bandar bersejarah Lipis - Utusan Malaysia

Peruntukan lebih RM1 juta, baik pulih cerun runtuh di bandar bersejarah Lipis

ABDUL RAHMAN Mohamad (tiga dari kanan) melawat kawasan cerun yang runtuh berdekatan sebuah kuil di bandar Lipis di Lipis, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kerajaan memperuntukkan lebih RM1 juta bagi membaik pulih cerun runtuh berdekatan sebuah kuil di bandar bersejarah Lipis dalam kawasan Lipis Geopark Kebangsaan di sini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, lawatan tapak akan segera dilaksanakan syarikat konsesi di bawah Majlis Daerah Lipis (MDL), manakala peruntukan membaikpulih dijangka diperoleh tahun depan.

“Hujan lebat dalam minggu ini menyebabkan tembok dan laluan pejalan kaki runtuh berdekatan kuil dan hospital di bandar ini, iaitu jalan utama masuk ke bandar Lipis.

“Hari ini, saya turun meninjau dan penyelesaian segera dilakukan dengan cadangan membaik pulih kerana sekiranya dibiarkan lebih lama akan membahayakan keselamatan penduduk dan pengunjung yang tertumpu ke bandar bersejarah ini antara khazanah Lipis Geopark Kebangsaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, pemantauan juga perlu dilakukan di kawasan belakang cerun melibatkan aliran air yang perlu dibaikpulih bagi mengelakkan berlaku banjir di kawasan tersebut.

“Kerja membaikpulih cerun runtuh dan aliran air perlu disegerakan memandangkan bandar Lipis menjadi tumpuan pengunjung sejak diistiharkan antara kawasan Lipis Geopark Kebangsaan bulan lalu,” katanya.

Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, perkara yang juga dbincangkan dengan pengurusan MDL iaitu memberikan penekanan terhadap usaha menaiktaraf dan mencantikkan lagi bandar bersejarah di sini memandangkan lokasi ini tumpuan pengunjung untuk melihat khazanah geopark dan alam sekitar.

“Saya dan penduduk daerah ini berterima kasih kepada MDL atas usaha proaktif untuk membaikpulih cerun berkenaan, kerja mengurangkan banjir kilat di samping pembangunan lain berasaskan pelancongan geopark dan pertumbuhan usahawan produk tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya