Pahang juara Piala Emas Raja-raja edisi ke-101 - Utusan Malaysia

Pahang juara Piala Emas Raja-raja edisi ke-101

PAHANG muncul juara Piala Emas Raja-raja edisi ke-101 selepas menewaskan Terengganu 4-1 di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang muncul juara Kejohanan Piala Emas Raja-raja edisi ke-101 selepas menewaskan Terengganu 4-1 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan Pahang menang hadiah wang tunai RM80,000 manakala Terengganu, RM40,000.

Sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup, Terengganu menampakkan kesungguhan untuk lebih awal mencetak gol terutama 10 minit pertama melalui serangan bertali arus ke arah gawang skuad Pahang.

Tertekan menerima asakan lawan menyebabkan pemain Pahang, Muhammad Fikri Aziq Wahid melakukan kekasaran terhadap pemain Terengganu sehingga dihadiahkan kad kuning pertama perlawanan akhir tersebut.

Pemain Terengganu terus menguasai bola tetapi penjaga gol tuan rumah, Muhamad Hanif Faisal cukup kebal mengawal gawangnya melalui sekurang-kurangnya empat percubaan tepat ke arah pintu gol.

Walaupun hanya memiliki sedikit peluang melakukan percubaan ke arah pintu gol Terengganu, anak buah Mohd. Yazeed Hamzah sempat membalas serangan sehingga berjaya mendapat dua sepakan sudut tetapi dihampakan pertahanan Terengganu.

Bagaimanapun, pada minit ke-27, Muhammad Fikri Aziq berjaya membuka jaringan untuk tuan rumah mendahului 1-0.

Berselang lima minit, gawang pelawat sekali lagi bocor melalui jaringan Mohamad Zarih Izuddin Zol tetapi Terengganu berjaya mendapat satu gol yang dijaringkan Muhamad Adli Abdul Rahman untuk keputusan 2-1 pada separuh masa pertama.

Tidak seperti babak pertama, perlawanan separuh masa kedua seimbang selepas kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Kedua dua pasukan mendapat peluang untuk menjaringkan gol tetapi banyak percubaan hanya berkisar di kawasan pertahanan atau dinafikan oleh kecekapan penjaga gol mengawal gawang masing-masing.

Mohammad Fikri Aziq sekali menggamatkan Stadium Darul Makmur apabila menjaringkan gol ketiga Pahang pada minit 72.

Skuad Terengganu tidak berputus asa sebaliknya terus melakukan asakan bagi mendapatkan sekurang-kurangnya dua gol tetapi sebaliknya pemain gantian Pahang, Mohd. Amin Che Jusuh menambah duka lawan menerusi gol keempat dan kemenangan tuah rumah pada minit akhir perlawanan. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.