Op Patuh Bersepadu: JPJ keluarkan 5,811 notis kepada pemandu warga asing - Utusan Malaysia

Op Patuh Bersepadu: JPJ keluarkan 5,811 notis kepada pemandu warga asing

LOKMAN Jamaan (tengah) bersama Hanif Yusabra memeriksa sebuah motosikal pada penguatkuasaan Op Patuh Bersepadu di Plaza Tol Senawang, Seremban malam tadi.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 5,811 notis kepada pemandu warga asing sepanjang penguatkuasaan Op Patuh Bersepadu 2023 yang berjalan bulan lalu.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, notis yang dikeluarkan kepada pemandu warga asing tersebut atas pelbagai kesalahan yang telah dilakukan.

“Ada yang kami periksa dan jumpa, mereka ini tidak pernah dilatih dan tidak sepatutnya memandu atau menunggang kenderaan di jalan raya, ini adalah kesalahan sangat serius.

“Apabila kami mengesan kenderaan-kenderaan ini, kami akan menyita dan akan mengambil tindakan kepda pemilik kenderaan yang membenarkan individu menunggang atau memandu tanpa lesen yang sah,” katanya pada sidang akhbar Op Patuh Bersepadu di Tol Senawang di sini malam tadi.

Yang turut hadir Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.

Menurut Lokman, sepanjang operasi selama 29 hari berakhir yang semalam itu, sebanyak 719,766 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 122,208 notis atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Sementara itu, katanya, untuk tempoh bulan Januari hingga Oktober 2023, sebanyak 2,360 pemegang lesen telah dikenakan mata demerit di bawah Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara). 

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,966 pemegang lesen dikenakan amaran. Bagi pemegang lesen memandu percubaan (PDL), enam lesen dibatalkan. 

“Bagi pemegang lesen memandu kompeten (CDL), seramai 333 orang dikenakan penggantungan kali pertama (lapan bulan), penggantungan kali kedua (10 bulan) seramai 49 orang dan penggantungan kali ketiga (12 bulan) seramai lima orang,” tambahnya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya