Mayat wanita disimen: Seorang lelaki dicari disyaki sudah pulang ke negara asal - Utusan Malaysia

Mayat wanita disimen: Seorang lelaki dicari disyaki sudah pulang ke negara asal

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang daripada dua lelaki  warga asing yang diburu polis kerana disyaki menyimen seorang wanita di kolah tandas sebuah rumah di Pandamaran, Klang dipercayai telah pulang ke negara asal. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati seorang daripada dua lelaki yang diburu kini telah pulang ke negara asalnya sejak September lalu. 

Katanya, seorang lagi suspek dipercayai masih berada dalam negara ini. 

“Kita sedang mengesan suspek-suspek tersebut. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan lelaki warga asing yang direman tujuh hari. 

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian mayat pada simen disebbakan tekanan pada leher,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Hussein, mangsa dikenal pasti sebagai wanita dipercayai berusia dalam lingkungan antara 20 hingga 30 tahun. 

Bagaimanapun, jelasnya, identiti sebenar belum dapat dipastikan termasuk sama ada mangsa warga tempatan atau warga asing.

“Bagaimanapun, semuanya masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam, Hussein dilaporkan berkata,  dua lelaki asing yang diburu polis disyaki menyimen seorang wanita di kolah tandas sebuah rumah di lokasi kejadian lebih setahun lalu.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mayat wanita dibunuh dalam tempoh tersebut.

Jelas beliau, dua suspek dikenali Ranjit Singh dan Mandeep Singh itu menyewa rumah berkenaan dari tahun 2019 sehingga tahun 2021.

Tambah beliau, siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, media melaporkan suasana di kampung itu gempar dengan penemuan mayat berkenaan selain dipenuhi anggota polis dan bomba, kira-kira pukul 9.30 malam pada Ahad.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN