Malaysia-Jepun fokus perbanyak kerjasama ekonomi - Utusan Malaysia

Malaysia-Jepun fokus perbanyak kerjasama ekonomi

NWAR Ibrahim berjabat tangan dengan Fumio Kishida pada permulaan rundingan dua hala di pejabat Perdana Menteri Jepun di Tokyo hari ini. -FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Jepun  terus  memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara  selain  membuka lebih banyak kerjasama dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun lima hari bermula hari ini hingga 18 Disember ini. 

Menurut beliau, antara bidang tersebut yang diberi fokus ialah ekonomi, pertahanan dan keselamatan, sains, teknologi, inovasi, persekitaran dan pertukaran budaya. 

“Hari pertama lawatan kerja yang penuh bermakna. Adalah mustahak untuk Malaysia memastikan hubungan dengan Jepun terus maju dan menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.

“Kami turut membincangkan kaedah untuk mengembangkan lagi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, tenaga dan alam sekitar. 

“Kami kemudian telah menyaksikan pemeteraian dan pertukaran Pertukaran Nota bagi Pelaksanaan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan di bawah Program Bantuan Keselamatan Rasmi dan Memorandum Kerjasama dalam Pembangunan dan Aplikasi Angkasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga menggunakan kesempatan pertemuan bagi menghargai sokongan dan solidariti Jepun terhadap konflik Israel-Palestin. 

Pada September lalu, ASEAN dan Jepun sepakat untuk menubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif yang substantif dan saling menguntungkan.

Terdahulu, Anwar mengadakan lawatan kerja ke Jepun pada 16 hingga 18 Disember untuk menyertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.

Sidang kemuncak peringatan itu dijangka memperakukan Kenyataan Wawasan Bersama dan Pelan Pelaksanaannya yang akan menjadi dokumen-dokumen panduan untuk melakar hala tuju strategik perkongsian ASEAN-Jepun untuk masa hadapan.

Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya