TEMERLOH: Tugas sebagai mahut ataupun penjinak gajah bukan mudah. Risikonya boleh menggadai nyawa jika dipijak oleh haiwan yang kebiasaannya memiliki saiz tapak kaki sehingga 17 inci dan berat antara tiga hingga lapan tan bagi seekor gajah dewasa jantan. Gajah yang dijinakkan dikenali sebagai denak adalah haiwan yang dilatih oleh mahut digunakan untuk membantu operasi pemindahan gajah liar yang mengganggu ketenteraman atau membahayakan keselamatan orang awam. Peranan gajah denak turut digunakan…