Lelaki warga Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Lipis - Utusan Malaysia

Lelaki warga Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Lipis

PETUGAS perubatan memeriksa mayat warna Indonesia yang tertimbus dalam kejadian tanah menggelungsur di tapak projek Central Spine Road (CSR) Kampung Berembang, Padang Tengku di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang lelaki warga Indonesia maut dalam kejadian tanah menggelungsur di tapak projek Central Spine Road (CSR) Kampung Berembang, Padang Tengku di sini.

Dalam kejadian pukul 11.15 pagi hari ini, mangsa, Khairul Anam, 28, berasal dari Jawa Timur, Indonesia maut tertimbus di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, mangsa yang baru lima bulan bekerja di tapak projek itu tertimbus ketika turun ke dalam longkang selepas dikorek oleh jengkaut untuk mengukur kedalaman kira-kira 2.5 meter dan lebar 1.6 meter.

“Tiba-tiba tanah mengelungsur lalu menimbus mangsa, manakala ketiga pekerja lain yang berada di situ segera turun membantu dan mengorek tanah tertimbus lebih kurang 15 minit dan membawa mangsa naik ke atas.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Menurut Azli, semasa kejadian ada tiga pekerja di tapak projek tersebut iaitu operator jengkaut, juruukur dan pengawal trafik CSR.

Sementara itu, Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis, Ariffa Mamat berkata, mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh rakannya dengan menggunakan jentera jengkaut.

“Seramai lapan anggota dari BBP Kuala Lipis tiba di tempat kejadian turut membantu mengeluarkan mangsa,” katanya.

Ujarnya, anggota bomba turut membuat pemeriksaan di tempat kejadian bagi memastikan kawasan tersebut selamat. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.