Kelantan tunggu tarikh dari Anwar

Kelantan tunggu tarikh dari Anwar

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang menunggu tarikh dari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan keatas pemimpin No.1 negara itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya berharap pertemuan itu dapat disegerakan.

“Menteri Besar (Datuk Mohd. Nassuruddin Daud) sudah memohon untuk mengadakan perjumpaan dan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan beberapa perkara demi kebaikan bersama.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri telah menyatakan kesudiannya untuk berjumpa, cuma kita sedang tunggu tarikh,” katanya pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan memberitahu, beliau berharap rombakan kabinet Kerajaan Persekutuan akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara negeri dengan pusat.

Katanya, hubungan antara kerajaan dengan kerajaan merupakan perkara penting dibawah semangat federalisme seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Menteri Besar (Mohd. Nassuruddin) dan bekas Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) selalu sebut bahawa kita sememangnya mahu merapatkan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Ini kerana ada perkara yang mana kerajaan pusat memerlukan kerajaan negeri dan begitu juga di sebaliknya. Hubungan ini adalah atas dasar kerajaan dan itu yang kita pentingkan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya