Jakoa ambil serius itu harimau belang di Gua Musang

Jakoa ambil serius itu harimau belang di Gua Musang

SAPIAH Mohd. Nor (kanan) beramah mesra dengan penduduk Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengambil serius dan tidak bersikap lepas tangan berkait isu ancaman harimau belang yang semakin membimbangkan di kawasan penempatan masyarakat berkenaan ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, Jakoa sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerusi penyediaan aset pengangkutan untuk masuk ke penempatan Orang Asli. 

“Pegawai Jakoa tidak ada kepakaran atau senjata untuk menangkap harimau, tetapi kita ada kerjasama yang baik dengan Perhilitan. Selain itu, kita (Jakoa) turut masuk bersama mereka ke kawasan perkampungan Orang Asli.

“Pada masa sama, Jakoa akan bawa bantuan makanan bersama untuk penduduk yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra dengan penduduk Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Beti di sini semalam.

Sapiah memberitahu, pihaknya juga berharap Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) dapat membuat laporan segera jika serangan harimau belang berlaku.

Katanya, beliau berharap penduduk Orang Asli berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga mereka. 

“Sebagai langkah jangka panjang, kami dalam proses memasukkan lampu-lampu solar untuk menerangkan kampung-kampung Orang Asli. Ini ada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakoa bersama dengan Petronas dan kita dah senaraikan nama kampung di Kelantan. 

“Sebelum ini kita dah bangkitkan kepada pihak kementerian kerana lampu itu bukan kita nak memeriahkan kampung tetapi demi keselamatan penduduk termasuk mengelak daripada ancaman haiwan liar,” ujarnya.

Sebelum ini, penduduk Orang Asli di Pos Bihai di sini dilaporkan membawa senjata seperti parang, sumpit dan lembing bagi menjaga keselamatan nyawa mereka daripada serangan harimau belang semasa berada di kawasan kebun. 

Penduduk mendakwa mereka bimbang dengan ancaman harimau belang yang masih bebas berkeliaran di kawasan perkampungan mereka.

Selain Pos Bihai, harimau dilaporkan masih berkeliaran di Pos Pasik, Pos Belatim, Pos Tohoi dan Pos Balar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya