Dua lelaki maut motosikal bertembung

Dua lelaki maut motosikal bertembung

MAYAT salah seroang mangsa kemalangan di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Limau Kasturi di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, kedua-dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun itu maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 19 tahun dalam perjalanan dari arah Kampung Limau Kasturi menghala ke Kampung Jeram Tekoh.

“Setiba di lokasi kejadian, mangsa telah bertembung dengan motosikal ditunggangi lelaki berusia 21 tahun yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 013-3010408,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya