PETALING JAYA: Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mendirikan lapan khemah berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara sebagai simbolik terhadap penderitaan rakyat Palestin yang kehilangan rumah dan terpaksa berteduh di dalam khemah akibat dibedil rejim Zionis. Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap sekretariat itu, Tian Chua berkata, khemah berkenaan didirikan kira-kira 300 meter dari Kedutaan AS selepas dihalang oleh polis kerana dibimbangi mengganggu laluan lalu-lintas. Menurut beliau, beberapa peserta piket ‘Kepung…










