Bomba usung lelaki sakit kronik, warga emas rumah ditenggelami banjir

Bomba usung lelaki sakit kronik, warga emas rumah ditenggelami banjir

ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang lelaki yang menghidap penyakit kronik selepas rumahnya ditenggelami banjir di Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tiga sekeluarga termasuk seorang lelaki pesakit kronik diselamatkan pasukan bomba selepas rumah mereka di Kampung Gual Mekong ditenggelami air malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Penolong Penguasa Bomba Sapawi Setapa berkata, operasi pemindahan itu dilakukan pada pukul 9.30 malam.

“Selain pesakit kronik, kita turut memindahkan dua wanita warga emas. 

“Kesemua mangsa ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Baroh Pial,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sapawi memberitahu, seramai tujuh anggota termasuk pegawai telah terlibat dalam operasi pemindahan mangsa banjir itu.

Terdahulu, setakat pukul 10 pagi tadi jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 769 orang 745 setakat 8 pagi tadi.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.