Baik pulih kerosakan, selenggara cerun di Jalan Kuala Klawang-Seremban siap tahun ini - Utusan Malaysia

Baik pulih kerosakan, selenggara cerun di Jalan Kuala Klawang-Seremban siap tahun ini

JKR Negeri Sembilan telah memohon peruntukan bagi tahun 2024 bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan ciri-ciri keselamatan dan penyelenggaraan di Jalan Kuala Klawang-Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Projek kerja pembaikan kerosakan jalan yang menghubungkan Kuala Klawang di Jelebu dan Seremban  telah siap sepenuhnya termasuk bagi menangani isu kemalangan yang sering berlaku khususnya di kawasan Bukit Tangga.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, dua kerja utama yang turut dijalankan di kawasan cerun di lokasi berkenaan iaitu di Jalan Kuala Klawang-Seremban FT 86, juga telah siap sepenuhnya pada tahun ini. 

“Sejumlah RM9.179 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan kerja di kawasan tersebut pada tahun 2023 di mana RM2.057 juta di bawah peruntukan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan RM7.14 juta di bawah peruntukan Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia,” katanya pada sesi pertanyaan lisan hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Datuk Bakri Sawir (PH- Klawang) berhubung kemalangan jalan raya yang sering berlaku di Bukit Tangga terutamanya di bahagian yang sempit dan masih belum dinaik taraf serta perancangan kerajaan negeri mengenainya.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, pada tahun ini, JKR Negeri Sembilan telah selesai melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan daripada segi ciri-ciri keselamatan di jalan tersebut, seperti papan tanda amaran serta garisan jalan. 

“Pada masa ini JKR Negeri Sembilan tiada perancangan bagi menaik taraf jalan di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, JKR Negeri Sembilan telah memohon peruntukan bagi tahun 2024 untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan ciri-ciri keselamatan dan penyelenggaraan di jalan tersebut,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya