APM Kelantan pantau sungai setiap empat jam

APM Kelantan pantau sungai setiap empat jam

ANGGOTA APM Kelantan memberikan nasihat kepada kanak-kanak yang bermain air banjir di Kampung Bagus, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan melakukan pemantauan setiap empat jam untuk melihat perkembangan terkini paras air sungai-sungai utama di negeri ini sepanjang musim banjir.

Pengarahnya Left. Kol (PA) Mohd. Adzhar Mujab berkata, pemantauan itu bagi membolehkan pihaknya mendapatkan maklumat terkini sekali gus memudahkan penugasan anggota.

Menurutnya, pada masa sama kesemua 970 anggota APM di seluruh sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga membantu penduduk yang terjejas.

“Setakat ini, jajahan Pasir Mas merupakan kawasan yang paling terkesan dengan peningkatan mangsa secara mendadak sejak semalam.

“Bagaimana pun APM sentiasa memantau dari masa ke semasa situasi banjir ini,” katanya ditemui pemberita semasa melakukan tinjauan banjir di sini hari ini.

Mohd. Adzhar lagi memberitahu, Tanah Merah dan Bachok antara jajahan yang terkesan dengan banjir selain Pasir Mas.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya