Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan lancar pemasangan landasan ECRL pertama - Utusan Malaysia

Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan lancar pemasangan landasan ECRL pertama

AL-SULTAN ABDULLAH Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) mencemar duli melihat dengan lebih dekat mesin membina landasan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gebeng di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melancarkan pemasangan landasan pertama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, Terengganu.

Perasmian landasan dari stesen KPC itu menandakan titik permulaan penting pemasangan landasan sejauh 94 kilometer tersebut yang dijangka mengambil masa antara tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan.

Selepas ini, projek terbabit akan disambung untuk memasang landasan dari stesen KPC ke Temerloh, dan menuju ke arah utara di Dungun ke Kota Bharu, Kelantan dan diakhiri dengan Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor.

Pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah syarikat induk CCC-ECRL, Wang Tongzhou berkata, pihaknya menyembah takzim kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana mencemar duli menyempurnakan majlis tersebut.

Menurutnya, ia bukan sahaja menandakan peristiwa penting tetapi juga merealisasikan era baharu untuk proses pembinaan infrastruktur mega kereta api ECRL di Malaysia.

“Pemasangan landasan dilancarkan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua ini menandakan komitmen kami untuk membanggakan Malaysia dengan kemajuan, inovasi, dan integrasi ketersambungan mobiliti yang bermakna.

“Dalam perjalanan ini, untuk menganjak maju ke depan, kami akan meneruskan usaha dengan mengukuhkan dedikasi kami untuk kecemerlangan, keselamatan dan kesinambungan komuniti, inspirasi kami adalah untuk mencipta sistem pengangkutan rel yang merangkumi aspirasi Malaysia terhadap masa hadapan yang terhubung,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di Gebeng di sini hari ini.

Tongzhou berkata, pembinaan landasan ECRL yang asas dan terletak di stesen KPC, merangkumi fungsi yang penting seperti Pusat Kawalan Operasi Pembinaan Kereta Api (CROCC), Bengkel Produksi Konkrit Sleeper, Trek Sementara dan Bengkel Welding Rel.

Beliau berkata, CROCC akan menggunakan sistem pengurusan untuk mengendalikan operasi pintar, arahan visual dan menganalisis data yang merentasi seluruh rangkaian pengangkutan rel.

“Untuk memastikan pembentukan asas yang kukuh dan meningkatkan keselesaan penumpang ketika kereta api sedang beroperasi dengan mengurangkan getaran terhadap kereta api, CCC-ECRL akan menggunakan alat yang canggih iaitu Mesin Pemasangan Trek CCPG500A, bersama Long Welded Rail (LWR) yang panjangnya 500 meter dan juga pre-stressed mono-block sleepers.

“Dengan menggunakan peralatan itu, projek ini diramalkan untuk memasang landasan trek antara 1.5 kilometer ke 2.5 kilometer dalam masa sehari. Peningkatan ketara jika dibandingkan dengan kaedah konvensional, yang hanya boleh memasang landasan trek antara 500 ke 700 meter sehari,” katanya.

Menurutnya, selain itu, untuk memudahkan bahan-bahan pengangkutan trek, enam lokomotif diesel yang. diubah suai sudah tiba pada hujung Oktober lalu.

“Dengan panjang 22 meter dan kelajuan maksimum 100 kilometer sejam (km/j), lokomotif ini diubah suai kepada persekitaran, dengan menampilkan transmisi elektrik AC-DC dan dilengkapi dengan sistem kawalan mikrokomputer dan peranti self-load resistance braking,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya