Warga emas dikhuatiri lemas ketika memeriksa paras air banjir

Warga emas dikhuatiri lemas ketika memeriksa paras air banjir

BBP Lawas menggerakan pasukan mencari dan menyelamat SAR ke lokasi kejadian yang dianggarkan sejauh 50 km dari balai bomba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas memeriksa keadaan paras air banjir yang menenggelamkan jalan menghubungi Lawas ke Long Sukong, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata, mangsa dikhuatiri dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat, berdasarkan laporan rakannya. 

Katanya, pihak BBP Lawas menerima panggilan pukul 11.30 malam mengenai kehilangan mangsa iaitu Silas Sudai yang berusia 63 tahun.

“Difahamkan mangsa dipercayai cuba untuk memeriksa paras air yang menenggelamkan jalan yang menghubungi Lawas ke Long Sukong, sebelum dihanyutkan arus deras,” tambahnya. 

Menurut Azman, usaha pencarian mangsa turut dilakukan oleh penduduk di kawasan setempat.

“Pencarian awal turut dilakukan oleh penduduk. Bagaimanapun, setakat ini mangsa masih belum dijumpai.

“Pasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR), juga dikerahkan ke lokasi pada pagi tadi yang mana terpaksa melalui jalan balak dengan permukaan jalan yang licin serta keadaan hujan renyai-renyai sejauh kira-kira 50 kilometer dari balai,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN