KP J-KOM  tidak masuk pejabat hari ini - Utusan Malaysia

KP J-KOM  tidak masuk pejabat hari ini

Mohammad Agus Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dikatakan tidak masuk pejabat hari ini.

Menurut sumber, beliau sudah meletak jawatan selepas disahkan sendiri Mohammad Agus semalam.

Video  sekitar 120 saat itu dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.

Menerusi rakaman video itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Terdahulu, SMohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan dan telah diserahkan kepada Perdana Menteri semalam.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

Bagaimanpun, usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi beliau gagal selepas panggilan tidak dijawab dan mesej melalui WhatsApp tidak dibalas.

Mohammad Agus dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Februari lalu, namun beliau serta jabatan terbabit banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya menguar-uarkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.

Beberapa pihak terutama wakil rakyat pembangkang turut menggesa J-KOM dibubarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN