Tiga lelaki panjat bumbung kereta, terjunam dalam sungai - Utusan Malaysia

Tiga lelaki panjat bumbung kereta, terjunam dalam sungai

ANGGOTA bomba menyelamatkan tiga lelaki apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki terpaksa memanjat bumbung  Proton Saga FLX yang dinaiki bagi menyelamatkan diri daripada lemas apabila kereta itu terjunam ke dalam sungai sedalam dua meter di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Sharol Suboh berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 11.32 malam.

Seramai lapan anggota berserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan tiga lelaki yang duduk di atas bumbung kereta yang telah terjunam ke dalam sungai berkenaan.

“Anggota kemudian menggunakan tali dan jaket keselamatan untuk menyelamatkan ketiga-tiga mangsa  yang berusia antara 33 hingga 39 tahun sebelum mereka dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan dan dalam keadaan lemah, namun selamat.

Operasi tamat pada pukul 12.25 tengah malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN