Ten Hag harap kebangkitan United

Ten Hag harap kebangkitan United

ERIK ten Hag (kanan) memantau latihan pemain-pemain Manchester United di Kompleks Latihan Carrington, Manchester, semalam menjelang perlawanan Piala Liga Inggeris. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erik Ten Hag yakin Manchester United hanya me­nunggu masa untuk membuktikan keupayaan sebenar selepas permulaan kempen yang buruk, termasuk kekalahan dalam derby Manchester, baru-baru ini.

Kekalahan 0-3 di laman sendiri kepada musuh setempat Manchester City dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) menghadiahkan permulaan sukar untuk musim kedua jurulatih dari Belanda itu.

Dalam perlawanan itu, Uni­ted tenggelam di Old Trafford, lantas anak buah Ten Hag perlu bangkit dalam pertembungan pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Newcastle hari ini.

“Di Manchester United, setiap perlawanan melibatkan taruhan yang tinggi. Setiap hari, wujud tekanan ke atas semua orang yang terlibat dengan kelab ini tetapi tuntutan dan penanda aras kami merupakan satu cabaran yang harus perlu kami hadapi.

“Walaupun ini bukan permulaan musim yang diharapkan, saya pasti kami mempunyai potensi dan sikap untuk berge­rak ke arah yang betul secara kolektif. Saya percaya hanya menunggu masa sebelum kami membuktikan kemampuan sebenar kami,” kata Ten Haq.

Ketika Ten Hag cuba menaik­kan kembali moral anak-anak buahnya, lain pula bagi bekas ketua pasukan United, Roy Kean yang berpendapat Bruno Fernandes perlu dilucutkan jawatan sebagai kapten pasukan ber­kenaan.

Keane berkata, berdasarkan tindakan segera yang boleh dilakukan bagi membetulkan ke­gagalan United musim ini, baik di dalam dan luar padang adalah lilitan di lengan Fernandes perlu dilucutkan selepas mengambil alih peranan tersebut daripada Harry Maguire.

Keane yang mengetuai Uni­ted dari 1997 hingga 2005 dalam era kegemilangan kelab itu memberitahu, selepas kekalahan kepada City, dia tidak melihat sebarang keistimewaan kepada Fernandes untuk memainkan peranan sebagai kapten.

“Setelah melihatnya semula, saya pasti akan melucutkan jawatan kapten daripadanya. 100 peratus. Saya tahu ia satu keputusan berat sebab mereka telah menukar kapten daripada Maguire sebelum ini. Tetapi Fernandes tidak memenuhi ciri-ciri.” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya