Tawar RM5 juta bunuh PM: Polis buka kertas siasatan - Utusan Malaysia

Tawar RM5 juta bunuh PM: Polis buka kertas siasatan

Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penularan sebuah video di TikTok yang menawarkan habuan RM5 juta kepada individu yang membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan tersebut dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita memandang serius perkara ini dan siasatan akan menjurus kepada tangkapan individu berkaitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok ‘Jaiadani89’ yang menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. 

Bagaimanapun, video berkenaan difahamkan  telah dikeluarkan daripada platform media sosial berkenaan.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan tersebut di media sosial.

Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, tindakan itu dilihat seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa.

Kamil turut menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak menjaga sensitiviti agama dan kaum.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya