Taikun Malaysia tidak minat taja pasukan Liga M?

Taikun Malaysia tidak minat taja pasukan Liga M?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taikun besar di negara ini didakwa tidak berminat untuk menjadi penaja kepada pasukan-pasukan yang bersaing dalam bola sepak Liga Malaysia (Liga M).

Sikap itu jelas me­ngecewakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City (KL City) FC, Stanley Bernard yang ketika ini sibuk mencari pelabur baharu kepada pasukan tersebut.

Stanley mendedahkan, beliau pernah berhubung dengan syarikat yang dimiliki taikun besar di Malaysia, namun jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Ketika ini, katanya, kantung kewangan KL City perlu diisi untuk kelangsungan kelab terutamanya selepas penaja lalu tidak lagi menaja pasukan yang berpangkalan di ibu kota itu.

“Kami ada cakap dengan beberapa pelabur yang berpotensi tapi ia bukan dari taikun negara. Kita tidak mendengar daripada syarikat besar di negara ini. Mereka sanggup beli kelab luar dan mesti ada sebab tak datang ke dalam kelab Liga M.

“Tiada siapa yang mahu tolong menghulurkan bantuan walaupun kami (KL City) menang Piala Malaysia dan naib juara Piala AFC lalu.

“Mesti ada sebab semua taikun ini tidak mahu melabur dalam kelab Liga M. Kami sebelum ini ada berhubung dengan mereka dan hantar surat cakap dengan CEO tetapi, mereka tidak mahu datang sini (KL City). Ia bukan senang.

“Kami hanya pasukan berjaya di atas kertas. Sebab itu kami sanggup buat pinjaman sendiri untuk memastikan kelangsungan dan menjadikan KL City antara kelab utama di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN