Sokong PM: Ahli Parlimen Gua Musang sahkan peruntukan masuk melalui PPNK ICU JPM

Sokong PM: Ahli Parlimen Gua Musang sahkan peruntukan masuk melalui PPNK ICU JPM

MOHD. AZIZI ABU NAIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang Mohd. Azizi Abu Naim mengesahkan peruntukan yang diterima selepas membuat pengisytiharan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan menerusi  Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) (PPNK ICU JPM).

Mohd. Azizi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri berkata, mengikut pemakluman daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) peruntukan itu telah disalurkan melalui PPNK ICU JPM.

Menurutnya, beliau perlu membuat tuntutan ke atas setiap perbelanjaan untuk rakyat itu perlu dikemukakan kepada PPNK ICU JPM.

“Setakat ini jumlah peruntukan yang diterima itu saya belum dapat dipastikan. Hal ini kerana saya memberikan tumpuan untuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“Lagipun, saya belum merujuk perkara tersebut kepada pihak PPNK ICU JPM,” katanya kepada pemberita selepas Sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd. Aziz memberitahu, peruntukan yang diterima oleh Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik selepas membuat pengisytiharan menyokong Perdana Menteri turut disalurkan melalui agensi itu.

Katanya,minggu hadapan beliau bersama tiga lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang menyokong Perdana Menteri akan duduk semeja bertujuan membincangkan perkara tersebut.

Utusan Online 7 November lalu melaporkan, Mohd. Aziz secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa hari ini.

Sokongan terbuka itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sosial rasminya sebentar tadi.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya