Sambutan Deepavali di Gua Musang kembali meriah

Sambutan Deepavali di Gua Musang kembali meriah

KOMUNITI India mula membanjiri Kuil Sri Subramanyaswany sejak awal pagi untuk upacara keagamaan di Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 100 keluarga komuniti India di daerah ini kembali menyambut Deepavali dengan meriah selepas dua tahun perayaan itu diraikan secara sederhana susulan pandemik Covid-19.

Tinjauan Utusan Malaysia di Kuil Sri Subramanyaswany di sini, penganut Hindu mula memenuhi rumah ibadat itu seawal pukul 9 pagi untuk melakukan aktiviti keagamaan.

Bendahari kuil, K. Ramakrishnan, 67, berkata, sambutan kali ini kembali meriah apabila penganut Hindu dapat menjalani semula rutin perayaan di kuil. 

Menurutnya, lebih meriah lagi apabila sambutan hari ini turut melibatkan warga asing yang bekerja di ladang.

“Selain itu ada juga yang datang dari Selangor dan Pulau Pinang semata-mata ingin meraikan Hari Deepavali di kawasan kuil.

“Kuil ini sudah ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu dan menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk menjalani upacara sembahyang dan memohon rahmat daripada tuhan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang pengunjung S. Jegan, 38, berkata, hari ini dia bersama ibu dan adik-beradiknya datang ke kuil bersama-sama untuk memeriahkan Hari Deepavali.

Katanya, selain sembahyang dan bermain mercun, kebanyakan mereka turut membawa makanan sendiri yang dibuat di rumah untuk makan bersama-sama pengunjung lain di kawasan kuil.

“Hari Deepavali merupakan masa untuk kami semua berkumpul serta merapatkan hubungan antara satu sama lain selepas hampir setahun tidak berjumpa dan sibuk dengan urusan harian.

“Kami berharap Hari Deepavali ini menjadi titik permulaan yang baharu dan bahagia di dalam hidup,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya