Raja Mohamed Affandi salah kapal tanding PRK Kemaman - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Raja Mohamed Affandi salah kapal tanding PRK Kemaman – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin (tengah) beramah mesra bersama penduduk Felda Kerteh 5 pada Program Santai Bersama Masyarakat di Felda Kerteh 5 di Kemaman, Terengganu. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor disifatkan sebagai salah kapal apabila bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, ini kerana, kapal UMNO dan BN pada ketika ini sudah tiga suku tenggelam dan menunggu terus tenggelam.

“Di sini saya hendak beritahu, yang bertanding (mewakili BN), bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affandi. Saya kenal dia, panglima nombor satu dalam tentera. Cumanya silap dia, masuk kapal lain. Sekarang ini kapal UMNO, BN, kapal ini sudah tiga suku tenggelam dan hendak tenggelam.

“Di sini (Kemaman) calon (BN) seorang ketua Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hebat orangnya. Tapi dia masuk kapal salah, dia masuk BN, kalau masuk Pas, kita 100 peratus sokong,” katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Masyarakat di Felda Kerteh 5 di sini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, jika Raja Mohamed Affandi memilih bersama Pas, tentunya beliau akan mendapat sokongan dan tidak perlu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bertanding di Kemaman.

Berhubung keputusan Pas memilih Ahmad Samsuri sebagai calon PRK Kemaman, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau berasa lega apabila parti iu memilih Dr. Sam.

Jelasnya, beliau tidak hadir sebelum ini bukan kerana konfiden, tetapi lega kerana Ahmad Samsuri merupakan tokoh penting di Terengganu walaupun sudah menjadi wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Menteri Besar.

“Ini langkah bijak, saya selaku Pengerusi PN dan Presiden Bersatu melihat langkah dibuat pucuk pimpinan Pas ini langkah amat penting dan strategik kerana Menteri Besar bukan saja Menteri Besar tapi dia seorang saintis, ahli saintis dalam bidang kejuruteraan penerbangan.

“Yang penting ialah selepas beliau memegang jawatan Menteri Besar terbukti dia mampu meletakkan Terengganu sebagai negeri berjaya di bawah pimpinan Pas dan PN,” katanya.

Jadi beliau berkata, berdasarkan pengalaman dan kejayaan Ahmad Samsuri mentadbir negeri ini, Naib Presiden Pas itu layak diangkat sebagai pemimpin peringkat Pusat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya