Pusat pengumpulan padi Negeri Sembilan bakal diwujudkan tahun hadapan - Utusan Malaysia

Pusat pengumpulan padi Negeri Sembilan bakal diwujudkan tahun hadapan

JALALUDDIN Alias (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta selepas merasmikan Karnival Usahawan Asas Tani dan myGAP di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah pusat pengumpulan padi bakal diwujudkan di Negeri Sembilan dan dijangka akan dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kewujudan pusat pengumpulan padi itu adalah sebagai usaha untuk memastikan bekalan beras adalah mencukupi di negeri ini.

“Para pesawah akan menghantar padi mereka di pusat itu bagi dikumpulkan sebelum melalui proses seterusnya. 

“Selepas dikumpulkan, padi akan dihantar untuk diproses, dibungkus serta dipasarkan di negeri ini semula dan hanya akan dijual ke negeri lain sekiranya terdapat lebihan bekalan,” katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan Asas Tani dan myGAP di Seremban 2, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi negeri menambah, operator yang menguruskan pusat pengumpulan itu juga akan menguruskan berkaitan pembungkusan baharu untuk beras Negeri Sembilan dan dipasarkan untuk rakyat negeri ini semula. 

“Jadi tidak berlaku lagi sebelum ini kerana padi kita keluar dari negeri (proses pembungkusan) tapi tidak balik masuk negeri kita. Saya mahu padi di Negeri Sembilan mestilah balik semula supaya dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini,” katanya. 

Sementara itu, Jalaluddin berkata, pembukaan outlet berasaskan produk industri asas tani (IAT) bagi mempromosikan produk tempatan dilihat sebagai strategi yang dapat membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini dalam memasarkan produk berkenaan.

Jelasnya, cadangan itu telahpun mendapat persetujuan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri dan sebagai permulaan outlet tersebut dicadang dibuka di Pasar Ampangan ataupun Arked Senawang.

“Kami sedang meneliti kawasan yang sesuai, mellihat kepada aliran pengunjung kerana tentunya pusat ini dilakukan di tempat menjadi kunjungan orang ramai, ia bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk. 

“Kerajaan juga dijangka akan membuka juga sebuah outlet produk IAT ini di Seri Menanti, Kuala Pilah. Selepas diteliti, penempatan kawasan terbabit, insya-Allah pada suku pertama 2024 outlet berkenaan akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya