PRK Kemaman: Jika Pas ‘jeneral dua bintang’ BN ‘jeneral empat bintang’ - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Jika Pas ‘jeneral dua bintang’ BN ‘jeneral empat bintang’

Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) diletakkan bertanding dalam PRK Parlimen Kemaman di Chukai, Kemaman dilihat sebagai satu usaha untuk menonjolkan beliau sebagai calon Perdana Menteri masa depan bagi Perikatan Nasional (PN). – MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Jika Pas menampilkan calon PRK Kemaman bertaraf ‘jeneral dua bintang’ Barisan Nasional (BN) menawarkan ca­lon bertaraf ‘jeneral empat bintang’.

Justeru, jika BN menang pada 2 Disember ini, penduduk Kemaman bakal dipayungi seorang ahli parlimen yang diyakini mampu menyelesaikan masalah di kawasan ini.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai parti bukan pilihan turut memberi kelebihan kepada BN bersama gabungan Pakatan Harapan (PH) mengatur gerak kerja meraih sokongan pengundi.

“Kita sebagai underdog (bukan pilihan) dalam PRK ini senang kita bekerja dan kalau diizinkan Allah SWT menang di Kemaman ini, kita letak jeneral empat bintang di sini.

“Dekat sana dua bintang, kita letak empat bintang dan dia faham bahasa Inggeris mudah,” katanya selepas Majlis Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman di sini semalam.

MENAMPILKAN

Pada PRK Parlimen Kemaman BN diwakili bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Pas menampilkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mohamad berkata, BN telah memilih dan meletakkan calon terbaik dan boleh diterima semua pihak dalam parti dan penduduk di Kemaman.
“Dalam pilihan raya sama ada PRK, pilihan raya negeri mahupun pilihan raya umum, kekuatan jentera, gerakan kerja jentera yang efisien itu merupakan elemen yang amat penting. Jadi Alhamdulillah calon kita bekas panglima Angkatan Tentera sudi mewakili parti kita.

“Penamaan calon sudah di­buat, kita punya calon nombor satu, selepas ini tugas jentera untuk menyusun gerak kerja sehinggalah tengah malam 1 Di­sember ini,” katanya.

Beliau berkata, gerak kerja parti itu pada PRK Parlimen Kemaman kali ini perlu berfokus dan yang utama perlu didekati adalah ahli UMNO dan BN.

“Kemudian kita akan dekati seramai mungkin pengundi-pengundi yang dulu atas pagar, yang ada masalah, yang dulunya cah keting pun ada.

“Tapi hari ini Alhamdulillah belum ada kedengaran apa-apa, bahkan setiap pusat-pusat daerah mengundi kita menerima baik calon kita,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN