PM ada pengumuman penting petang ini - Anthony - Utusan Malaysia

PM ada pengumuman penting petang ini – Anthony

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri  dijangka membuat pengumuman penting berkaitan ekonomi negara petang ini kata, Anthony Loke.

Pengumuman tersebut dijangka dibuat ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Putrajaya.

Setiausaha Agung DAP berkata, pengumuman itu dipercayai mempunyai kaitan untuk melonjakkan ekonomi negara.

“Saya difahamkan YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri akan membuat pengumuman penting pada petang ini. Pengumuman itu bakal membantu untuk melonjakkan ekonomi negara kita dalam kadar segera.

“Tapi saya tidak boleh berikan (beritahu) apa yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri…saya yakin ia akan disambut baik oleh industri serta sektor ekonomi negara kita,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, Anthony dalam ucapannya memberi kata dua kepada ahli majlis perbandaran, Adun dan ketua kampung di Selangor – kerjasama atau letak jawatan.

Menurutnya, beliau sedar, kerjasama dan kolaborasi antara pelbagai jawatan dalam struktur tadbir urus tempatan Selangor lemah.

“Jika tak boleh kerjasama, letak jawatan sajalah. Jika tak mahu letak jawatan, kita buang saja mereka,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya