Persatuan Ketua Kampung Lipis, JPKK DUN Jelai mahu pemilik FB Promosi PN Maran disiasat - Utusan Malaysia

Persatuan Ketua Kampung Lipis, JPKK DUN Jelai mahu pemilik FB Promosi PN Maran disiasat

ZULKIFLI Othman (depan, tujuh dari kanan) menunjukkan laporan polis disaksikan ahli Persatuan Ketua Kampung Lipis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seramai 27 ketua kampung di Parlimen Lipis dan 13 orang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, Cameron Highlands membuat laporan polis supaya menyiasat pengendali Facebook Promosi PN Maran berhubung fitnah serta hantaran memalukan yang didakwa secara terang-terangan cuba menjatuhkan maruah dan reputasi Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Menteri Besar.

Ahli Persatuan Ketua Kampung Parlimen Lipis membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis manakala Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Jelai di Balai Polis Sungai Koyan, Jelai.

Laporan itu dibuat berikutan hantaran menerusi laman sosial Facebook Promosi PN Maran mengeluarkan fitnah terhadap Menteri Besar Pahang yang menyebut Apakah MB Pahang ini keturunan Yahudi ke?”

Pemilik atau pengendali Facebook tersebut menyiarkan petikan video pendek ucapan Wan Rosdy ketika Himpunan Pahang 4Palestine pada 28 Oktober lalu di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang tersasul menyebut ‘Palestin hancur’.

Pengerusi Persatuan Ketua Kampung Lipis, Datuk Zulkifli Othman, 64, berkata, hantaran menerusi Facebook Promosi PN Maran tidak berasas sama sekali dan bertujuan memalukan seorang pemimpin peringkat negeri dan negara.

“Saya dan rakan ketua kampung daerah ini terkilan dengan hantaran berkenaan kerana Wan Rosdy sudah memohon maaf kerana tersasul.

“Hal ini (hantaran) ini boleh menjatuhkan maruah dan reputasi sedangkan Wan Rosdy begitu ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat pergolakan di sana,” katanya selepas membuat laporan di IPD Lipis hari ini.

Zulkifli yang juga Pengerusi JPKK Tempoyang meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat secara menyeluruh tindakan pengendali akaun Facebook Promosi PN Maran melakukan hantaran itu serta mengambil tindakan undang-undang berasaskan Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Wakil JPKK DUN Jelai, Badra Isa Abdul Hamid, 57, pula berkata, tidak wajar pemilik akaun Facebook Promosi PN Maran mengambil peluang memfitnah kerana Wan Rosdy tidak sengaja atau tersasul dalam ucapannya di majlis tersebut.

“Kami kecewa dengan fitnah yang dilemparkan terhadap Wan Rosdy selaku kepimpinan tertinggi negeri ini kerana nampak keikhlasan beliau serta bersemangat untuk membantu rakyat Palestin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya