Perang ganggu skuad bola sepak Palestine

Perang ganggu skuad bola sepak Palestine

SITUASI Gaza yang musnah dan dikepung zionis Israel turut menjejaskan persiapan skuad Palestine dalam Kelayakan Piala Dunia 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Palestin berdepan masalah untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 selepas beberapa pemain mereka tidak dapat keluar daripada Gaza.

Ketua jurulatih Palestin, Makram Daboub mahu menyenaraikan Ibrahim Abuimeir, Khaled Al-Nabris dan Ahmed Al-Kayed dalam kem latihan di Jordan menjelang aksi menentang Lubnan hari ini dan Australia pada 21 November depan.

Bagaimanapun, ketiga-tiganya tidak dapat keluar dari Gaza susulan serangan ganas Israel yang memasuki bulan kedua, tetapi Daboub merasa sedikit lega selepas beberapa pemainnya berada dalam keadaan selamat buat masa ini

“Setakat ini mereka dalam keadaan baik. Ramai saudara mara mereka terkorban akibat pengeboman berterusan tentera pengganas Israel,” kata Daboub.

Dua pemain dari Gaza yang beraksi di Mesir, Mohamed Saleh dan Mahmoud Wadi dijangka menyertai skuad Palestin di Jordan untuk dua perlawanan pertama itu.

Daboub yang merupakan warga Tunisia juga mengakui bahawa sukar buat pemainnya untuk fokus kepada bola sepak ketika nyawa keluarga mereka sedang terancam.

“Dengan kematian dan kemusnahan di Gaza, psikologi pemain turut terjejas,” kata Daboub.

Dalam pada itu, Naib Presiden Persatuan Bolasepak Palestine, Susan Shalabi berkata, tiada persoalan bahawa pemain dan rakyat Gaza mahukan perlawanan itu diteruskan.

“Mereka adalah orang yang mahu didengar dan dilihat oleh dunia, mahu hidup normal seperti orang lain, jadi mereka mengambil berat pasukan kebangsaan mereka,” kata Shalabi.

Persiapan Palestine untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia terjejas selepas tidak dapat menyertai kejohanan Pestabola Merdeka di Malaysia bulan lalu dan skuad itu terpaksa berpangkalan di Jordan bagi memastikan mereka dapat menyertai perlawanan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya