Pemborong jangka harga ayam cecah RM11 sekilogram

Pemborong jangka harga ayam cecah RM11 sekilogram

ORANG ramai membeli ayam di Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit. - GAMBAR HIASAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pemborong ayam di negeri ini menjangkakan kenaikan harga ayam tidak akan berlaku dengan mendadak meskipun subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan bermula hari ini.

Seorang pemborong ayam, Mohd. Shafi Yaakob berkata, walaupun penamatan subsidi itu diumumkan dalam tempoh singkat, pihaknya menjangka harga ayam tanpa subsidi akan mencecah sekitar RM11 sekilogram.

“Kami ingatkan penamatan subsidi ini bermula tahun depan, kami tidak sangka ia akan berlaku lebih awal.

“Kami telah bersiap sedia dan kami jangka buat permulaan harga ayam tanpa subsidi boleh mencecah RM11 sekilogram,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Mohd Shafi, ba­gaimanapun harga ayam tanpa subsidi itu juga bergantung kepada harga margin yang ditetapkan oleh pemilik ladang-ladang yang menternak ayam.

“Jika ladang-ladang tetapkan harga margin yang tinggi boleh jadi harga ayam akan naik tinggi, namun apa pun kita tunggu harga daripada ladang esok,” katanya.

Dalam pada itu, dakwa beliau, ladang-ladang ayam beroperasi dalam kerugian kerana kos operasi tidak dapat menampung harga ayam siling ayam yang rendah iaitu RM9.40 sekilogram.

“Kejatuhan ringgit juga memainkan peranan penting kerana dedak serta makanan ayam diimport.

“Bermula esok selepas ketiadaan subsidi, ladang ayam akan mengawal serta memastikan harga ayam stabil mengikut permintaan dan kehendak pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya