Parlimen: Bilangan rumah tidak terjual menurun - Utusan Malaysia

Parlimen: Bilangan rumah tidak terjual menurun

Bilangan kediaman siap dibina tetapi tidak terjual turun kepada 26,286 unit dengan nilai RM18.3 billion daripada bilangan unit rumah yang dilancar sebanyak 135,614 unit. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bilangan kediaman siap dibina tetapi tidak terjual turun kepada 26,286 unit dengan nilai RM18.3 billion daripada bilangan unit rumah yang dilancar sebanyak 135,614 unit.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,  Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, penurunan jumlah rumah tidak terjual berbanding tempoh sama tahun lalu 5.3 peratus dan 0.6 peratus dari segi nilai.

Berikutan itu, menurut beliau, beberapa langkah disusun bagi memastikan isu lambakan rumah tidak terjual dapat terus dikawal.

“Pemetaan Indeks Rumah Mampu Milik (RMM) dilaksanakan berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah yang diperoleh daripada tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini. 

Kata beliau, daripada kiraan median pendapatan rakyat mengikut lokaliti berdasarkan kaedah gandaan median (median multiple) boleh dijadikan panduan oleh pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi menetapkan harga jualan rumah di satu-satu lokaliti.

Oleh itu, kata Akmal, pemaju digalakkan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan atau Feasibility Study sebelum sesuatu projek dilaksanakan bagi memastikan rumah yang dibina adalah berdasarkan kemampuan rakyat.

Terdahulu, Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) meminta kementerian menjelaskan cara  mengatasi isu hartanah tidak terjual yang berpunca daripada ketidaksepadanan nilai hartanah dibina dengan kemampuan pemilikan rakyat.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN