Pahang meterai perjanjian persefahaman politik BN-PH - Utusan Malaysia

Pahang meterai perjanjian persefahaman politik BN-PH

WAN ROSDY Wan Ismail (duduk, kiri) dan Amirudin Shari (duduk, kanan) menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Kerajaan Perpaduan Pahang antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Geo Resort and Hotel Genting Highland di Bentong, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kerajaan Pahang menjadi negeri pertama memeterai perjanjian persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi memantapkan pentadbiran kerajaan perpaduan di negeri ini.

Perjanjian itu dimeterai antara Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi BN negeri dengan Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amiruddin Saari yang juga Menteri Besar Selangor.

Wan Rosdy berkata, perjanjian itu tanda keikhlasan kedua-dua pihak bagi membina kerajaan yang stabil dan kuat demi rakyat dan negeri.

Menurutnya, perjanjian ini menjadi indikator kepimpinan pentadbiran kerajaan perpaduan di negeri ini dan juga sebagai rujukan bertulis pada masa akan datang.

“Sebelum ini pembentukan kerajaan perpaduan di Pahang hanya persetujuan lisan dan keikhlasan pemimpin kedua-dua pihak bagi keluar dari kemelut politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Selepas lebih setahun pembentukan kerajaan perpaduan di Pahang terbukti urusan pentadbiran dan politik semakin stabil membolehkan perancangan pembangunan untuk rakyat semakin lancar,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang di antara BN dan PH Pahang di Geo Resort dan Hotel Genting Highland di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata, perjanjian dan persefahaman ini merupakan hasil perbincangan kedua-dua pasukan peguam dan perbincangan kedua-dua parti.

“Sedikit sebanyak kita ikut bagaimana kerajaan perpaduan di Putrajaya dan kita cuba seimbangkan dengan situasi di Pahang. Secara asasnya, kita rujuk bagaimana kerjasama di pusat yang menghasilkan sebuah kerajaan yang stabil dan mahukan kestabilan itu dapat diwujudkan di Pahang.

“Ini bukan untuk tentukan siapa Menteri Besar, Exco, bentuk kerajaan dan sebagainya sahaja, tetapi bagaimana hala tujunya, bentuk dan apa yang boleh memutuskannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya