Muhyiddin tidak nafi Ahmad Samsuri calon Perdana Menteri PN - Utusan Malaysia

Muhyiddin tidak nafi Ahmad Samsuri calon Perdana Menteri PN

muhyiddin
MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menafikan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri masa depan gabungan berkenaan.

Beliau berkata, ia langkah strategik gabungan terbabit, sekali gus memberi gambaran PN mempunyai ramai calon dan tokoh untuk diketengahkan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga memberi bayangan bahawa usaha membentuk kerajaan boleh berlaku sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Ya tak dapat dinafikan, kerana akan ada masa untuk PN mencipta sejarah sama ada sebelum nak sampai PRU ke-16 atau selepas PRU ke-16 dengan harapan kita dapat membentuk kerajaan.

“Jadi semua langkah-langkah yang diambil ini adalah antara langkah strategik yang dapat memberi gambaran kepada rakyat bahawa kita (PN) ada ramai tokoh yang bijaksana, berkemampuan, terpuji sikapnya, adalah moderate dan ada kelayakan profesional,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Santai Bersama Masyarakat Felda Kerteh 5 di sini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah Ahmad Samsuri calon Perdana Menteri PN selepas dicalonkan pada PRK Kemaman.

Pada PRU15 lalu, Alias Che Hamid (Pas) menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi, calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin pula mendapat 8,340 undi manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rosli Ab. Ghani hanya memperoleh 506 undian.

PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu.

Mengulas lanjut tentang PRK Kemaman, Muhyiddin yakin Pas mampu memperoleh majoriti lebih besar berbanding PRU15 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya