MotoGP: Bagnaia, Martin heret kancah ke Litar Sepang

MotoGP: Bagnaia, Martin heret kancah ke Litar Sepang

JORGE Martin (kanan) akan menjadi pencabar utama kepada Francesco Bagnaia dalam perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hujung minggu ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Saingan merebut kejuaraan MotoGP 2023 antara Francesco Bagnaia dan Jorge Martin akan diheret ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada hujung minggu ini ketika perlumbaan berbaki tiga pusi­ngan lagi.

Bagnaia masih mendahului pelumba lain berbekalkan 389 mata walaupun diekori rapat Martin yang mengurangkan jurang dengan 376 mata selepas kemenangan di Grand Prix Thailand.

Marco Bezzecchi yang meng­huni tangga ketiga selepas mengumpul 310 mata secara matematiknya masih berpeluang mencabar kejuaraan musim ini, namun realistiknya perlumbaan merebut gelaran lebih terarah kepada penghuni dua tangga teratas ketika ini.

Bagnaia adalah penyandang gelaran juara tetapi Martin yang sedang memburu gelaran dunia buat pertama kali mulai memberi cabaran sengit sejak perlumbaan memasuki fasa akhir.

Pelumba Pramac itu menyedari tekanan merebut kejuaraan semakin sengit selepas menjuarai GP Thailand, baru-baru ini.

“Saya akui mula merasakan tekanan. Saya sukar melelapkan mata. Saya memerlukan empat atau lima hari untuk meredakan tekanan ini. Fikiran saya terganggu,” katanya.

Tekanan sama turut dirasai Bagnaia yang melahirkan rasa kecewa selepas menghabiskan perlumbaan di tempat ketujuh di Grand Prix Thailand.

“Saya kecewa dan marah sebab kehilangan banyak mata. Saya perlu memperbaiki keadaan ini menjelang perlumbaan hujung minggu ini,” katanya yang menjulang kejuaraan di Sepang musim lalu.

Pengalamannya menakluk LitarSepang musim lalu akan memberi pengalaman berharga buat pelumba Itali itu ketika saingan tingga tiga perlumbaan lagi.

“Kalau bercakap tentang tekanan, tahun lepas lebih mencabar. Tahun ini situasi lebih kurang sama seperti musim lalu tetapi cabaran itu menyuntik motivasi diri,” katanya.

Katanya, suhu di Malaysia akan menjadi cabaran utama walaupun amalan cuaca sejak seminggu lalu meramalkan suhu kekal antara 33 darjah Celsius dan disertai guruh dan hujan pada sebelah petang. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya