Maritim Kelantan tahan lima nelayan Vietnam ceroboh peraiaran negara

Maritim Kelantan tahan lima nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

SYED NOR ADLI Syed Abd. Rahman (kanan) semasa melakukan pemeriksaan ke atas lima nelayan asing Vietnam yang ditahan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Lima nelayan asing warganegara Vietnam dicekup selepas didapati menceroboh dan mencuri sebanyak 500 kilogram (kg) ikan di perairan Kelantan dekat Kuala Bali di sini, pada Isnin lalu.

Bot yang dinaiki lima nelayan termasuk tekong berusia 24 hingga 31 tahun ditahan di lokasi 320 kilometer dari Kuala Tok Bali selepas dikejar Kapal Maritim (KM) Jujur selama lebih satu jam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Kelantan) Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Abd. Rahman berkata, nelayan asing terbabit dikesan menceroboh dan mencuri hasil laut perairan negara kira-kira pukul 9.20 pagi.

Menurutnya, bot tersebut cuba untuk lolos dengan memasuki perairan negara jiran dan nelayan tersebut turut melempar tali ke permukaan air untuk menghalang pihak berkuasa menghampiri bot mereka.

“Anggota APMM mengambil masa lebih satu jam mengejar bot berkenaan sebelum berjaya melakukan ‘force bording’ terhadap mereka untuk pemeriksaan lanjut.

“Kelima-lima nelayan itu didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri selain gagal membuktikan surat kebenaran menangkap ikan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat APMM Kelantan, Tok Bali di sini hari ini.

Syed Nor Adli memberitahu, pemeriksaan di dalam bot itu menemui ikan baja dan pelbagai jenis ikan masing-masing seberat 500 kg.

Menurutnya, selain bot yang dinaiki nelayan itu, APMM turut menyita peralatan menangkap ikan, nagivasi dan komunikasi termasuk bekalan minyak diesel sebanyak 7,000 liter.

“Bot itu dibawa ke jeti operasi APMM Kelantan di Tok Bali dengan mengambil masa perjalanan selama 30 jam.

“Ini merupakan tangkapan yang ke-23 membabitkan bot dan nelayan asing yang menceroboh untuk mencuri hasil laut negara sepanjang tahun ini,” ujarnya.

Syed Nor Adli berkata, pihaknya berdepan tindakan licik nelayan asing untuk meloloskan diri apabila sebahagian daripada mereka dipercayai menggunakan khidmat tonto bagi mengelak kegiatan mencuri ikan di perairan negara dihidu pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, Seksyen 16(3) akta sama dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya