KL, Selangor terima 21 laporan bom palsu - Utusan Malaysia

KL, Selangor terima 21 laporan bom palsu

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menerima  21 laporan berhubung ancaman bom palsu membabitkan sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak semalam. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 laporan di buat di Selangor manakala enam di Kuala Lumpur setakat pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berlaku peningkatan jumlah laporan yang diterima mengenai ancaman bom palsu itu.

“Ada 15 laporan polis (diterima) melibatkan 14 buah sekolah setakat pagi tadi.

“Bagaimanapun, sesi persekolahan berjalan seperti biasa, pihak polis beri jaminan keselamatan warga sekolah dijaga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima enam laporan polis berkaitan kejadian itu.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu di beberapa sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM), sekolah antarabangsa dan sekolah swasta di seluruh negara hari ini.

Daripada jumlah itu, tujuh laporan diterima di Selangor selain Kuala Lumpur (lima laporan) ; Johor (tiga laporan); Pulau Pinang (dua laporan); Negeri Sembilan dan Perak (satu laporan) setakat 6 petang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ancaman itu dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ dalam bahasa Jerman yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN