KJ sifatkan isu antara beliau dan Dr. Mahathir telah selesai - Utusan Malaysia

KJ sifatkan isu antara beliau dan Dr. Mahathir telah selesai

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menganggap isu yang berbangkit antara beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun selesai.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau bersetuju dengan permintaan Dr. Mahathir bahawa tiada keperluan untuk isu antara mereka dipanjangkan lagi.

“Saya rasa Tun (Dr. Mahathir) dan saya, kami telah selesai bab itu. Beliau pun kata dalam temu ramah itu tidak perlu dibincangkan lagi.

“Sudah lah (bangkitkan isu antara kami). Cukup lah (henti bincangkannya lagi),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan temubual podcast (audio siar) Keluar Sekejap yang menjemput Dr. Mahathir sebagai tetamu kelmarin.

Keluar Sekejap dikendali dan dihoskan oleh Khairy bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Dalam temu ramah itu, Khairy telah bertanya kepada Dr. Mahathir, “Kenapa Tun tak suka saya?”.

Dr. Mahathir menjawab soalan itu dengan tenang dengan mengatakan ia disebabkan Khairy pernah bersaing dengan anaknya, Mukhriz.

Dalam pemilihan UMNO pada Mac 2009, Khairy telah menewaskan Mukhriz dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dalam pertarungan tiga penjuru untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Podcast bersama Dr. Mahathir itu telah ditonton oleh 1.6 juta orang dalam tempoh 26 jam.

Khairy memberitahu, terdapat permintaan untuk episod kedua bersama Dr. Mahathir tetapi pihaknya memutuskan ia mungkin tidak dibuat dalam masa terdekat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya