RANTAU PANJANG: Beberapa buah kampung di sini mula ditenggelami banjir sejak semalam susulan hujan lebat dan limpahan air Sungai Golok yang sudah melepas paras bahaya ketika ini.
Bagaimanapun, urusan perniagaan di zon bebas cukai masih berjalan seperti biasa.
Antara, kawasan terlibat ialah Kampung Bendang Perol, Tersang, Lanchang dan beberapa lagi kawasan lain.
Menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my setakat pukul 11.30 pagi paras air Sungai Golok sudah mencecah 9.10 iaitu melepas paras bahaya.
Sehingga kini seramai 32 mangsa dari tujuh buah keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh..-UTUSAN










