Judi dalam talian: Empat lelaki didakwa - Utusan Malaysia

Judi dalam talian: Empat lelaki didakwa

KUEK Choon Seng (kiri), Koo Teck Sing (tiga dari kiri) dan Tan Eng Seng (dua dari kanan) hadir ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan berkaitan kegiatan judi dalam talian di sebuah premis di Temiang, Seremban pada 9 November lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai empat orang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan berkaitan kegiatan judi dalam talian di sebuah premis di Temiang di sini awal bulan ini.

Dua orang daripada yang tertuduh iaitu Koo Teck Sing, 24 dan Tan Eng Seng, 38, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya secara bersama-sama telah didapati menjalankan transaksi mesin judi secara dalam talian dengan menjalankan kegiatan judi secara dalam talian menggunakan tujuh buah set komputer.

Perbuatan itu dilakukan pada 9 November lalu kira-kira pukul 4.30 petang di dalam sebuah premis di Jalan Temiang, Union Commercial Centre.

Oleh itu kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (pindaan 2001) dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, M. Kalaivaanan memohon wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, Peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon wang jaminan yang rendah atas alasan kedua-dua tertuduh menanggung keluarga selain hanya mampu membayar jaminan sekitar RM3,500 seorang sahaja.

Majistret kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan tarikh sebutan semula kes pada 19 Disember ini.

Dalam pada itu, dua orang pelanggan mengaku bersalah atas tuduhan bermain judi di sebuah rumah judi terbuka pada tarikh, masa dan lokasi yang sama dan kedua-duanya dihukum di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Kuek Choon Seng, 58, dijatuhkan hukuman sebanyak denda sebanyak RM700 dan jika gagal menjelaskan dia boleh dipenjara selama lima hari. Dia diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lee Boon Shian.

Seorang lagi tertuduh, Chong Thien Sen, 38, yang didakwa di mahkamah majistret yang berasingan, juga mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Dia dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 dan jika gagal bayar boleh dipenjara selama tiga bulan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN