JKM akan dapatkan perintah jaga empat beradik terabai - Utusan Malaysia

JKM akan dapatkan perintah jaga empat beradik terabai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Jabatan Kebaji­kan Masyarakat (JKM) akan mendapatkan perintah mahkamah bagi hak penjagaan empat beradik terabai yang dijaga sepasang suami isteri di sini.

Pegawai Kebajikan Masya­rakat (Perlindungan Ka­nak-Kanak) Daerah Bagan Datuk, Rabiatul Adawiah Mohamad Juni berkata, ini bagi memboleh­kan mereka ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar.

Katanya, ia dibuat berdasarkan siasatan termasuk bertemu ibu kandung kanak-kanak itu.

“JKM memohon hak penja­gaan empat beradik ini yang berusia tiga, lima, lapan dan 11 tahun selepas ibu kandung­nya didapati tidak stabil, tidak mampu menjaga selain kanak-kanak itu hidup me­numpang yang kita rasakan ini membebankan orang lain.

“JKM akan jaga kanak-kanak ini terlebih dahulu dan selepas itu kita akan lihat perkemba­ngan ibunya, jika sudah stabil, kita akan nilai semula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, JKM membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Teluk Intan sebelum mengemukakan permohonan hak penja­gaan pada 22 November ini.

Sebelum ini akhbar ini me­laporkan mengenai seorang wanita dan suaminya di Bagan Datuk menjaga sementara empat beradik terabai kerana simpati melihat keadaan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN