Harimau Selatan terlalu kuat

Harimau Selatan terlalu kuat

PEMAIN JDT meraikan kemenangan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan cara tersendiri selepas membelasah Perak FC 8-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, kelmarin. JDT menang agregat 12-2. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berpesta gol membelasah Pe­rak FC 8-1 untuk mencetak agregat 12-2 dalam aksi separuh akhir kedua kelmarin membuktikan mereka sememangnya sukar ditandingi buat masa ini.

Kemenangan besar Harimau Selatan itu dianggap tonik berharga menjelang perlawanan akhir nanti.

Ketua jurulatih JDT, Esteban Solari berkata, kemenangan itu penting dalam usaha kelab mempertahankan kejuaraan.

Katanya, JDT juga tidak mahu memikirkan pasukan pada perlawanan akhir, sebaliknya melihat mana-mana pasukan kekal sebagai pencabar berpotensi.

“Lawan akhir antara Terengganu atau KL City, saya tidak mahu buat sebarang pilihan kerana mana-mana pasukan yang beraksi di pentas akhir adalah berbahaya. Ini kerana dalam perlawanan akhir semua pasukan akan bermain mati-matian dan apa sahaja boleh berlaku.

“Sebaliknya lebih penting adalah kami fokus dengan persiapan bagi perlawanan itu. Kami mahu memenangi piala berkenaan jadi ini satu misi pen­ting ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Mengulas perlawanan, kelmarin, beliau memuji persembahan pasukan pelawat yang tidak putus asa cuba bangkit.

“Tahniah kepada Perak kerana layak masuk peringkat separuh akhir, mereka bermain bola sepak dengan baik dan mencuba, itu lebih penting dan saya hargai perkara itu.

“Tetapi dalam masa sama saya tahu memang sukar lawan JDT di laman kami sendiri, pada minit-minit awal permainan agak seimbang antara kedua-dua pasukan.

“Perkara itu sudah dijangka dan akhirnya saya gembira dengan pemain kami yang menunjukkan standard tinggi dan tidak henti-henti mengejar bola dan mengatur serangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN